Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Ross Safina Binti Ismail dan lebih dikenali sebagai Ross Safina Hor selepas berkahwin dengan suami yang berbangsa Chinese. SayaAbout Ross Safina Hor - PEGANGAN HIDUPKU: "KEJAYAAN MANUSIA HANYA DALAM AGAMA, SEJAUH MANA KITA TAAT PERINTAH ALLAH S.W.T, DAN MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W." seorang wanita yang amat mengambil berat dalam penjagaan bentuk badan, kecantikan dalaman dan luaran, kesihatan tubuh badan, perwatakan yang sopan dan menarik, gaya/ imej dan soal keyakinan diri. Semua yang saya sebutkan diatas adalah amat penting untuk seseorang itu tampil anggun, cantik, seksi dan menawan.

Tetapi kita sebagai manusia tidak pernah sempurna dan tidak dinafikan masing-masing ada kelemahannya tersendiri termasuklah diri saya sendiri. Tetapi kita juga mesti mencuba untuk mengatasi kelemahan diri kita sebaik yang mungkin walau pun tidak sesempurna dengan kelebihan lain yang diberi. Tips mengatasi kelemahan diri yang saya amalkan ini adalah sangat baik dan amat membantu dalam diri seseorang:

  • Mengenali siapa diri kita
  • Tahu apa yang kita inginkan
  • Dimanakah kedudukan kita sekarang
  • Perlu nilai dan sayangkan diri sendiri

Matlamat saya menceburi bidang bisnes ini adalah untuk mencari rezeki yang halal disamping itu saya juga ingin:

  • Membuka peluang perniagaan kepada masyarakat
  • Membantu semua wanita yang telah buntu untuk menjaga bentuk badan
  • Memberi panduan tentang penjagaan kesihatan dgn cara sebaiknya
  • Membina gaya hidup aktif dan sihat
  • Memberi bebagai-bagai kemudahan untuk mendapatkan bentuk badan yg anda semua idamkan seperti mengeluarkan produk-produk yg benar-benar berkesan tanpa sebarang kesan sampingan samada dijangkamasa singkat atau masa akan datang.
  • Membantu anda bersenam dengan lebih kualiti dan berkesan seperti  menubuhkan Online Gym Dothemikross.
  • Dan banyak lagi….

Pengasas Produk Syarikat Nuorico dan Dream BellezaMungkin dimasa akan datang saya akan meluaskan perniagaan saya ini secara offline dan bukan sekadar online sahaja.  Saya mengharap anda semua dapat memberi kerjasama, sokongan dan semangat untuk saya berjaya dalam bidang  yang  saya ceburi ini. Sama-samalah kita membantu wanita yang memerlukan….

Terima Kasih kepada anda semua…sambutlah salam sayang dari saya dan semoga Allah SWT memberi yang terbaik untuk kehidupan kita semua dunia dan akhirat…Ameen.

Jazakallahu Khair

Ross Safina Hor
Executive Director
Nuorico Sdn Bhd / Nuorico USA
My Online Shop:
http://rosssafinahor.com/shop
My Weblog: http://rosssafinahor.com

PEGANGAN HIDUPKU: “KEJAYAAN MANUSIA HANYA DALAM AGAMA,  SEJAUH MANA KITA TAAT PERINTAH ALLAH S.W.T, DAN MENGIKUTI SUNNAH NABI  MUHAMMAD S.A.W.”

My Company Profile:


Tell a Friend and Get a Gift!