MENGAWAL BERAT BADAN DENGAN KONSEP YANG PALING MUDAH UNTUK DIFAHAMI.

Berat badan kita selalu naik dan turun seperti yoyo.  Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan oleh kita semua terutama dikalangan wanita.

Apabila kita mengambil sesuatu makanan, kita memperolehi nutrisi dan tenaga untuk meneruskan aktiviti harian dan untuk hidup dan beberapa lagi sebab-sebabnya. Bernafas pun menggunakan tenaga begitu juga dengan setiap pergerakan kita setiap hari.

Makanan memberi kita beberapa bentuk tenaga. Makanan seperti lemak yang didapati dalam tubuh akan ditukar menjadi tenaga glikogen.Proses untuk menukar lemak kepada tenaga ini bukannya mudah dan cara ini bukannya mudah untuk mengurangkan berat badan.  Jika kita mengambil makanan(tenaga) lebih dari keperluan tubuh, ia tidak akan hilang malah disimpan sebagai bakal tenaga iaitu lemak. Apakah kesannya pada tubuh seseorang jika berlakunya keadaan begini….

  • PENAMBAHAN BERAT BADAN DAN TENAGA
    Apabila berat badan kita bertambah, itu bermakna terlalu banyak tenaga disimpan diadalam sistem tubuh.  Ini selalunya membabitkan terlalu banyak makan.  Disebabkan itulah tenaga yg berlebihan itu disimpan sebagai lemak dan sekaligus menyebabkan berlakunya masalah naiknya berat badan atau masalah kegemukan.

  • PENGURANGAN BERAT BADAN DAN TENAGA
    Tubuh manusia adalah sesuatu yang amat unik.  Tenaga yang disimpan(lemak) akan digunakan untuk aktiviti harian apabila seseorang itu kurang mengambil makanan. Ini menyebabkan kekurangan berat badan berlaku.

Memahami konsep kalori adalah amat penting sekali untuk penjagaan bentuk badan…Tunggu posting seterusnya!

PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA UNTUK PRODUK-PRODUK DIBAWAH:

Tell a Friend and Get a Gift!

Follow me!