H1N1 BERMAHARAJALELA DAN LEBIH TERANCAM JIKA SISTEM PERTAHANAN BADAN TIDAK KUAT. (H1N1 EVERYWHERE – STRENGHTEN YOUR IMMUNE SYSTEM TO AVOID H1N1)


Ibu baru bersalin korban ketujuh H1N1 di Malaysia
Influenza A (H1N1)

August 3rd, 2009
Seorang ibu yang baru bersalin dua minggu lepas di Sarawak menjadi korban negara yang ketujuh akibat influenza A (H1N1).
BERNAMA melaporkan, mangsa terbaru berusia 23 tahun itu, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri pukul 4.00 Isnin pagi apabila mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pesakit itu telah bersalin di hospital yang sama pada 21 Julai lepas.

“Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A (H1N1) pada 23 Julai lepas.
“Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula empat hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A (HINI),” kata beliau.
Sejumlah 17 kes baru turut dilaporkan Isnin, kesemuanya kes tempatan dan melibatkan warga Malaysia, menjadikan kes terkumpul sehingga 8 pagi ini sebanyak 1,446 kes dengan 97 peratus telah sembuh.
Hanya 29 kes yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan lagi menerima rawatan di rumah.

Dr Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan masih menerima banyak pertanyaan mengenai langkah-langkah pencegahan.

Beliau menasihati ibu bapa jangan membawa anak-anak kecil ke tempat-tempat yang sesak.
Orang ramai juga diminta menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut ketika bersin atau batuk dan mengelak tempat yang sesak.

“Kementerian Kesihtan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A (H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua,” kata Dr Mohd Ismail.

Beliau berkata situasi semasa global ialah sejumlah 183,854 kes dengan 1,307 kematian dilaporkan, dari 167 negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import.

Katanya setakat ini lima buah sekolah di Sarawak masih ditutup selain empat institusi pengajian tinggi awam.
Tell a Friend and Get a Gift!

Follow me!