Berita yang mengganggu fikiranku…

Bahaya sedut lemak – Al Fatihah untuk Allahyarham Noraini

Tragedi yang amat menyedihkan hati semua wanita. Saya berharap tidak akan ada lagi mangsa dari mereka yang mementingkan wang semata-mata tanpa ada belas kasihan. Mereka yang sebegi rupa patut dikanakan hukuman yang setimpal.

Saya amat sedih apabila mengenangkan anak-anak Allahyarham Noraini yang masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang seorang ibu. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada suami Allahyarham,anak-anak serta kaum keluarganyadalam menghadapi dugaan ini.

Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Dari itu saya menyeru kepada semua wanita-wanita yang sedia maklum dengan berita ini supaya berhenti menyalahkan simati kerana biarlah is bersemadi dengan tenang. Sebagai manusia kita tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan. Jadi anggaplah ia sebagai satu pengajaran dan ikhtibar kepada kita semua yang masih hidup ini.

Tell a Friend and Get a Gift!

Follow me!